Oh! Artis
“Unscripted Dan Unedited” – Syed Saddiq Hargai Momen Bella Astillah Dengan Ibu Bapanya
Syed Saddiq jelaskan video itu dirakam sendiri oleh Bella Astillah.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, sekali lagi menarik perhatian netizen selepas memuat naik satu video yang menyentuh hati, dirakam oleh Bella Astillah sempena kejutan hari jadi ayahnya.
Menerusi perkongsian di akaun Thread, Syed Saddiq berkata momen itu ikhlas tanpa skrip atau disunting.
“Terima kasih Bella rakam momen ni”
View on Threads
Difahamkan, momen itu dirakam pelakon Bella Astillah ketika mereka berada di Pulau Langkawi untuk cabaran Ironman yang disertai Syed Saddiq.
Unscripted & unedited. Thanks @bellaastillah for recording this moment of joy and making this possible.
Manakala, anak-anak Bella iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna menyertai acara Iron Kids.
Netizen puji hubungan baik Bella dan keluarga Syed Saddiq

Perkongsian itu segera tular dan mendapat ribuan tanda suka serta komen positif daripada netizen yang tersentuh melihat hubungan akrab antara Bella dan keluarga Syed Saddiq.
Rata-rata netizen menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berlebihan yang boleh menjatuhkan fitnah.
Pssttt! Tak perlu skrip, tak perlu lakonan, cukup dengan kasih sayang dan keikhlasan. Ohmedia suka tengok suasana positif macam ni, semoga hubungan baik antara mereka terus kekal dan jadi contoh buat ramai.
Kredit: Threads Syed Saddiq
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM