Kontroversi yang melanda dunia hiburan mengenai pengarah, Syamsul Yusof telah berkahwin buat kali kedua bersama Ira Kazar masih lagi panas hingga hari ini.
Walau bagaimanapun, Kazar enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu perkahwinan ini meskipun telah dikiritik teruk oleh netizen.
Nanti-nantilah
Menurut laporan daripada Mstar, Kazar menjelaskan dirinya sedang menjalankan penggambaran di Ipoh dan tidak boleh memberikan sebarang komen mengenai isu panas tersebut.
Tunggu la, sekarang ini tak boleh nak komen atau ulas apa-apa. Nanti-nantilah.
Sebelum ini, keluarga Syamsul Yusof meluahkan rasa terkilan dengan situasi kini dan mengaku mereka tidak sudi berbesankan Kazar. Tambahan, netizen juga turut berasa bengang apabila pelakon itu seolah-olah menyokong tindakan Ira untuk berkahwin dengan Syamsul di Thailand.