Oh! Artis

Tunang Shuib, Watie Terpaksa Lakukan Ini Sebab Kena Marah?

Published on

Usahawan, Watie Hanifiah sentiasa menjadi tumpuan warga maya tambah lagi apabila tarikh bahagianya bersama pelawak Shuib bakal tiba tak lama lagi.

Terbaru! Watie memuat naik satu hantaran foto yang dibuat telah mengundang pelbagai reaksi netizen apabila kapsyen yang ditulisnya boleh dikatakan agak ‘lucu’.

Watie mengatakan yang dia terpaksa memadam foto-foto lama kerana ‘dimarahi’ seseorang yang mungkin adalah Shuib kerana seksi.

Satu bulan lagi. Masih caption yang sama. Gambar je kita kasi tukar, sebab ada yang marah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Watie agar sentiasa menjaga penampilan diri apatah lagi bakal bergelar isteri orang.

Ujar netizen lagi, Watie perlu menjadi contoh dan ‘role model’ kepada anak-anak Shuib.

Terdahulu, Watie dan Shuib telah selamat disatukan sebagai tunang dalam sebuah majlis tertutup pada 6 Mei lalu.

Mereka berdua dijangka akan melaksanakan majlis pernikahan pada bulan Jun ini.

Kredit: Instagram  Watie

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version