Oh! Artis

“Tula Hangpa Duk Sanjung Tinggi Dan Percaya Penunggang Ni”, Gitaris Kumpulan Hujan, AG Coco Hentam Siapa Tu?

Published on

Salah seorang ahli kumpulan muzik Hujan, AG Coco hari ini telah mencuri perhatian ramai terutamanya netizen media sosial Twitter apabila dia ada memuat naik ciapan berbaur sindiran.

BACA : Selamat Bertunang Dengan Peguam, Ini Merupakan Bakal Isteri Noh Hujan

AG Coco atau nama sebenarnya, Mohd Hezry Mohd Hafidz dilihat tampil memberi teguran buat para netizen yang gemar menghentam tanpa mengetahui cerita sebenar sesuatu peristiwa.

Tula hangpa dok sanjung tinggi dan percaya penunggang ni. Bila tak tahu the real shit story behind it, tau nak hentam saja.

Tak kena batang hidup mana la nak tahu kan? Suka sangat menaip. Astaghfirullah’azim.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut gitaris kumpulan Hujan itu tertanya-tanya kepada siapa status itu ditujukan.

Namun, AG tidak memberi sebarang reaksi dan jawapan terhadap pertanyaan netizen itu.

Kredit: Twitter Ag Coco

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version