Oh! Artis

Tuduh Bekas Isteri Hamil Anak Orang Lain, Tegar Umum Dakwaan Hanya Firasat

Published on

Penyanyi Indonesia, Tegar baru-baru ini telah mendakwa anak bersama bekas isterinya kini bukanlah daripada darah dagingnya.

BACA: Dah Berpisah Baru Tahu Anak Bukan Darah Daging Sendiri, Tegar Septian Dakwa Ditipu

Walau bagaimanapun, Tegar tiba-tiba mengatakan bahawa dakwaan tersebut tidak sahih kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh. Lah pula dah?

Naluri hati

Tegar mengatakan bahawa tuduhan terhadap bekas isterinya itu hanya mengikut firasat sendiri atas desakan daripada para netizen.

Itu hanya firasat saya. Saya tidak tahu bagaimana hendak jelaskan kerana terlalu peribadi. Saya ‘dipancing’ oleh netizen.

Penyanyi itu memberitahu perkara tersebut sewaktu menghadiri program bual bicara sebagai salah seorang tetamu.

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version