Disebabkan itu, pengurus kepada Puteri Sarah menyuarakan pandangan mengenai segelintir netizen yang sengaja mengeluarkan spekulasi tidak benar berhubung isu rumah tangga pelakon terbabit.
Melalui entri di dalam Insta Story pengurus yang turut dikenali sebagai Emi, dia meminta agar netizen untuk sentiasa berhati-hati apabila berbicara supaya tidak menjadi fitnah.
Dalam pada masa yang sama, Emi sempat menyelar seorang wanita yang sebelum ini menuduh Sarah enggan bercerai dengan suami kerana kekayaannya.
Saya yang duk kira duit dia, saya tahu lah dia tak heran pun title ‘kaya’ tu.
Tambahannya lagi, kerajinan Sarah membuatkan dirinya sekarang ini berada di tempat yang sepatutnya dan bukan berharap pada ‘kekayaan’ Syamsul.
Sekadar info, sebelum ini Puteri Sarah ada memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur serta dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) susulan gangguan ‘orang ketiga’ yang dikenali ramai iaitu Ira Kazar dalam rumah tangganya.