Terbaru, Anjoulie berkongsi gambar dirinya bersama tunangnya selepas mendakwa pengikutnya selalu tanya tentang tunangnya.
Tulis Anjoulie yang lebih mesra disapa sebagai Anju itu, dia menjelaskan mengapa kini jarang benar berkongsi foto bersama Khazrul.
Ramai tanya asal (kenapa) Anju tak post fasal tunang, mana dia. Ada je. Yela, dulu Anju asyik post ramai complaint kata meluat. Bila tak post tanya pula. Nah saya belanja satu.
Dalam gambar itu, kelihatan Khazrul memegang paha Anju sehingga mengundang komen-komen nakal netizen.
Dalam pada itu, ada juga yang menitipkan pesanan agar kedua-duanya menjaga batas pergaulan kerana masih belum berkahwin dan juga mengelakkan penyakit ‘ain’.
Rata-rata pengikutnya turut mendoakan agar jodoh antara Anju dan encik tunang berkekalan dan berakhir di jinjang pelamin serta kekal hingga akhir hayat.