Oh! Artis

Tegar Septian Terpaksa Jual Akaun Mobile Legends Sebab Nenek Jatuh Sakit

Published on

Baru sahaja dilaporkan bercerai dan mengalami masalah kewangan, sekarang nenek pula jatuh sakit. Itulah apa yang dialami penyanyi Indonesia, Tegar yang mengakui terpaksa menjual akaun Mobile Legends.

BACA: Sarah Sheilka Dakwa Tegar Suka Jual Cerita Sedih Guna Nama Isteri Dan Anak Minta Simpati Dan Kaki Hutang

Duit hasil jualan ID Mobile Legends ini nanti akan digunakan untuk merawat neneknya di hospital. Itulah apa yang dirancang Tegar bagi memastikan neneknya mendapat rawatan yang baik.

Kalau akaun terjual, saya mahu hantar nenek ke hospital kerana dia sakit. Minta doakan semoga nenek cepat sembuh. – Luahnya di IG Story.

Banyak betul ujian yang dihadapi Tegar nampaknya. Semoga Tegar kuat hadapi ujian di sana dan kami di sini hanya mampu mendoakan yang terbaik.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Exit mobile version