Siapa tidak kenal dengan anak kepada pelakon Abang Long Fadil 3, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar yang sering menarik perhatian ramai selepas dikaitkan sebagai orang ketiga dalam hubungan pelakon dan pengarah Syamsul Yusof dan isteri Puteri Sarah.
Tapi kita bukan nak cakap pasal isu tu tapi kita nak cakap tentang pujian dari netizen yang melihat Ira Kazar semakin jelita.
Pujian itu diterimanya selepas berkongsi video transition di TikTok yang pada asalnya dia memakai hoodie dan kemudian bertukar kepada pemakaian tudung yang lebih cantik. Siap bersolek lagi gais…
“My first transition video! Kitakan orang Melayu tak boleh tunjuk jari tengah. – Kongsinya.