Oh! Artis

“Tak Rindu Makan Benda Haram..” – Pelakon Adam Corrie Didakwa Makan Mi Wantan Berlaukkan Daging Khinzir

Published on

Dah kenapa sampai macam tu sekali korang komen dekat video pelakon Adam Corrie tengah makan mi? Mungkin sebab ini jugalah buat orang takut nak masuk Islam sebab bila saudara baru hadir, pasti akan ramai yang cuba perli dan pertikai niatnya.

Itulah apa yang dirasai pelakon Adam Corrie selepas ada segelintir netizen menuduh dirinya ada memakan daging khinzir.

Adam yang sudahpun memeluk Islam selama 16 tahun itu terkejut apabila ramai memfitnahnya ketika dia hanya berkongsi video keenakan mi wantan ayam merah BBQ.

Sebagai Muslim yang kembali kepada fitrah selamat 16 tahun, saya tak rindu pun nak makan benda haram.

Selepas syahadah saya faham halal haram. Haram sedikit, yang halalnya banyak. Rezeki Allah banyak, carilah yang halal.

Korang bacalah komen-komen ni, siap ada yang suruh makan mi wantan guna tangan…

Untuk pengetahuan korang, Adam memeluk agama Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan wanita Melayu, Fazema Mohd Fuad pada 2008. Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Fateh Lee.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version