Oh! Artis

“Tak Malukah Kalian?” – Kongsi Video ‘Panas’ Dalam Jakuzi Dengan Suami, Netizen Tegur Fasha Sandha

Published on

Pasangan pelakon, Fasha Sandha dan Aidil Aziz menerima kecaman bertubi-tubi daripada netizen selepas memuat naik video memaparkan aksi mesra mereka berdua.

BACA: Netizen Malu, Geli Tengok Fasha Sandha Pakai Kain Belah Sampai Paha

Menerusi hantaran video pendek itu, Fasha dan suaminya dilihat saling berpelukan di dalam jakuzi. Di hujung video disertakan tarikh 16 September 2023 seolah-olah memberikan bayangan sesuatu yang istimewa akan tiba.

Sumber: Instagram Fasha Sandha

Hantaran itu menerima respon kurang senang daripada netizen dan rata-ratanya memberi teguran supaya aksi romantik suami isteri tidak dipertontonkan secara terbuka.

Mereka mempersoalkan adakah pasangan itu tidak malu dengan aksi melampaui batas tersebut.

Tak kurang juga yang mencadangkan agar Fasha Sandha memadam video kerana ianya jelas menunjukkan auratnya. Apa pendapat korang pula?

Kredit: Instagram Fasha Sandha

+ Baca artikel penuh di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Exit mobile version