Peminat pastinya teruja melihat kebangkitan Balqis yang sebelum ini pernah terputus makanan dan terpaksa jual buku di tepi jalan untuk meneruskan hidup.
Tidak cukup dengan itu, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish menerima kecaman orang ramai apabila dilihat berpakaian agak seksi.
Terbaru, pelakon Nor Khiriah mendedahkan Aqish sebenarnya seorang yang sangat lemah lembut. Kata pelakon itu lagi, Aqish sangat tertib dan tinggi budi bahasanya.
Nur Khiriah turut menyeru orang ramai mengamalkan nilai kasih sayang sesama manusia dan tidak melakukan perkara sebaliknya.
Ketika di set penggambaran, Aqish sangat menghormati orang dan hanya duduk diam sementara menunggu scene lakonannya.
Memang ayu betul Aqish ni kan? Cakap pun tak keluar suara. All the best diucapkan buat Aqish.