Oh! Artis

“Tak Cantik, Tak Ada Otak” – Cakap Muka Zahirah Macwilson Macam Bibik, Fathia Latif Cabar Dirinya Disaman

Published on

Apa kes pula dengan Fathia Latiff ni? Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba nama Zahirah Macwilson kena petik disamakan dengan rupa seorang bibik.

BACA: “I Jauh Lagi Cantik Dari Dia” – Fathia Latiff ‘Downgrade’ Zahirah Macwilson Dalam Live

Selepas teruk dikecam, pelakon ini berkata itu adalah pandangan peribadinya dan dia mempunyai hak untuk bersuara.

Tak cukup dengan itu, pemilik nama sebenar Nur Fathia Binti Abdul Latiff ini berkata Zahirah bukanlah lawannya.

Dia siap bagi quote dalam bahasa Inggeris ‘Once used, rotten and damaged, just pass it to beggar’ seakan-akan merendahkan hubungan rumah tangga bekas kekasihnya, Aiman Hakim.

Di hantaran Instagram Story terbaru, pelakon ini mencabar pasangan tersebut untuk mengambil tindakan saman. Tapi katanya, pasangan itu tak akan berani.

Meninjau ke Instagram Zahirah, netizen tampil mempertahankann selebriti berdarah kacukan itu. Mereka berharap Zahirah tidak melayan provokasi yang dibuat Fathia terhadapnya.

Kredit: Instagram Fathia Latiff

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version