Oh! Artis

“Tak Boleh Brain Lelaki Macam Ni” – Mila Jirin, Rakan Artis Sokong Bella Cari Bahagia Sendiri

Published on

Kecoh diperkatakan saat ini mengenai pelakon Aliff Aziz yang dikatakan ditangkap khalwat bersama seorang pelakon wanita.

Isterinya, Bella Astillah dilihat hadir ke pejabat agama jam 2.30 pagi namun enggan memberi komen kerana terlalu terkejut.

BACA: Netizen Berkampung Di Komen, Nama Ruhainies Dipetik Dakwaan Berkhalwat Dengan Aliff Aziz?

Rakan artis, Mila Jirin meluahkan rasa berang dengan sikap Aliff yang tak serik-serik buat hal. Katanya, Bella seorang isteri yang sangat baik dan lemah lembut. Dia tak sepatutnya dikhianati berkali-kali.

“Bella, awak wanita hebat” – Mila Jirin

Kata Mila, sudah tiba masanya Bella mencari kebahagiaan yang hakiki. Pendapat itu disokong oleh rakan artis dan pengikut media sosial yang lain.

Semoga Bella kuat menimpuhi dugaan rumahtangga ini. Sesungguhnya curang itu pilihan bukannya takdir.

Kredit: Instagram Mila Jirin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version