Oh! Artis

Tahniah! Shahir Zawawi Sah Bergelar Suami Jaskin Jaludin

Published on

Bintang Akademi Fantasia, Shahir Zawawi telah menamatkan zaman bujangnya hari ini setelah selamat menjadi suami kepada Jaskin Jaludin dengan sekali lafaz. Alhamdulillah..

BACA : “Sampai Dah Arwah Orang Tu”- Individu Tuntut Shahir Zawawi Bayar Hutang Sebelum Nikah

Menurut laporan mstar, penyanyi itu telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan dengan mas kahwin RM300 bersama wang hantaran RM20,000 yang berlangsung di Bizmilla Wedding Centre, One City, Subang.

Shahir dan Jaskin dikatakan telah membuat keputusan untuk mendirikan rumahtangga apabila timbulnya bibit-bibit cinta antara mereka sejak dua bulan yang lalu.

Majlis itu turut disaksikan ahli keluarga, kawan-kawan rapat dan juga beberapa rakan media. Tahniah Shahir dan pasangan, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat ya.

Kredit: mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version