Oh! Artis
Tahniah! Noh Salleh Umum Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan
Noh Salleh dan isterinya Fatin Athira umum bakal timang cahaya mata perempuan selepas melalui detik duka tahun lalu.
Penyanyi terkenal, Noh Salleh baru-baru ini mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan. Khabar gembira itu dibuat menerusi satu majlis ‘gender reveal’ yang dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram The Calla, dapat dilihat dua lukisan kanak-kanak lelaki dan perempuan pada helaian kain putih digantung.
Terdapat juga tulisan Little Noh atau Little Athira pada satu lagi helaian lain.
Majlis gender reveal meriah
Video sekitar majlis tersebut juga telah dikongsi para tetamu dan Noh ‘repost’ semula di Instagramnya. Semasa pengumuman dibuat, kelihatan semburan kertas merah jambu yang menandakan pasangan ini bakal menyambut kehadiran bayi perempuan.
Ujian dan rezeki baharu

Pada September tahun lalu, Noh berkongsi khabar duka apabila kehilangan anak sulungnya ketika masih dalam kandungan. Kini, rezeki baru hadir selepas hampir setahun menanti.
Noh Salleh dan Athira Mustapa selamat mendirikan rumah tangga pada September 2023.
Pssttt! Kehadiran cahaya mata perempuan ini pasti menjadi pengubat lara buat Noh dan Fatin selepas melalui ujian kehilangan sebelumnya. Semoga perjalanan mereka dipermudahkan dan terus diberi kebahagiaan.
Kredit: Instagram The Calla
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
[EKSKLUSIF] Ardell Mikeno Ditahan IDF, Sel 12 Penjara Syahid & Misi Sudan | Oh! Podcast Ep19
OH! MEDIA 15/11/2025 8:01 PM