Connect with us

Oh! Media

Syamsul Yusof Kembali Bekerja, Rakan Artis Teruja Meski Dilanda Konflik Rumah Tangga

Ohmedia syamsul yusof ceria kembali kerja irakazar

Oh! Artis

Syamsul Yusof Kembali Bekerja, Rakan Artis Teruja Meski Dilanda Konflik Rumah Tangga

Pelakon dan pengarah filem sensasi, Syamsul Yusof yang kini berdepan konflik rumah tangga dengan isterinya, Ira Kazar baru-baru ini kembali berkongsi perkembangan terkini di media sosial sehingga menarik perhatian ramai.

Dalam satu hantaran di Instagram, Syamsul dilihat sudah kembali bekerja dengan wajah ceria bersama beberapa individu lain. Kehadiran semula ke set penggambaran membuatkan ramai rakan artis teruja.

“Been on ma grind cuz”- Syamsul Yusof nampak lebih muda dan ceria lah…

Di ruangan komen, rakan-rakan artis meluahkan rasa gembira melihat pengarah filem KL Gangster ini kembali aktif, walaupun masih berdepan kemelut rumah tangga.

IKLAN
Ohmedia image 16

Sebelum ini, Syamsul telah memfailkan perceraian terhadap Ira kerana tiada lagi persefahaman antara mereka. Beliau bersedia melepaskan isterinya pada 27 Ogos lalu, namun perkara tersebut terpaksa ditangguhkan kerana Ira telah melantik peguam bagi urusan berkenaan.

Kes penceraian mereka kini ditetapkan untuk sebutan semula pada 25 September di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Taman Seri Keramat, Selangor.

Untuk rekod, Syamsul dan Ira menggemparkan industri hiburan apabila mereka berkahwin di Selatan Thailand pada 6 Januari 2023.

Ohmedia syamsul yusof ceria kembali kerja irakazar

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas