Oh! Artis

Suami Shila Amzah Jawab Dakwaan Bakal Bercerai

Published on

Ohmedia tengok hubungan penyanyi Shila Amzah dengan suaminya, Ubai elok jer hari tu masa sambutan Hari Malaysia. Jadi, mana datangnya dakwaan rumah tangga diorang tengah bermasalah dan bakal bercerai ni?

Shila Amzah sebelum ni turut sudah memberikan respon mengenai perkara ini. Kali ini, Ubai pula tampil menafikan dakwaan tersebut sekeras-kerasnya.

Kami bahagia saja di rumah. Tiada masalah apapun, malah lebih mengenali Shila dengan lebih dekat.

Dalam pada masa yang sama, pempengaruh tersebut turut meluahkan rasa kesal terhadap sesetengah pihak yang menularkan hal tidak benar mengenai rumah tangganya.

Sebelum ini, Shila Amzah memaklumkan bahawa terdapat artikel di Facebook mendakwa rumah tangga bersama Ubai sedang retak.

Kredit: Harian Metro

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version