Umum mengetahui sudah lebih sebulan penyanyi dan selebriti, Bunga Citra Lestari mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Tiko Aryawardhana.
Namun, Noah Sinclair yang merupakan satu-satunya anak lelaki BCL dan arwah suaminya, Asharf Sinclair masih belum terbuka hati lagi menerima ayah tirinya itu.
Menerusi sebuah temu bual bersama pelakon Denny Sumarg, Tiko menyatakan dia belum rapat dengan Noah dan masih dalam proses untuk menerimanya sebagai ayah tiri.
Sementara itu, BCL turut menafikan Tiko adalah pengganti kepada arwah suami dan bapa kepada anaknya, malah dia juga berkata tiada siapa-siapa yang bakal menggantikan tempat Arwah Ashraf Sinclair dalam hidup mereka.
Saya juga tidak mencari replacement, tidak akan ada yang boleh menggantikan..
Terdahulu, Bunga Citra Lestari dan suaminya, Tiko serta anaknya telah berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadahnya bersama suami, Tiko Aryawardhana, anak tunggalnya, Noah, serta ibunya.
Difahamkan, BCL juga menyatakan dia menunaikan umrah itu bukanlah ibadah untuk diri sendiri tetapi untuk Allahyarham Ashraf Sinclair.