Oh! Artis

Shuk Sahar Dedah Sudah Tamatkan Zaman Duda Sejak Empat Bulan Lepas

Published on

Diam-diam berisi pelawak sorang ni nampaknya. Mana tidaknya, tiba-tiba dapat berita yang Shuk Sahar sudahpun tamatkan zaman duda dengan wanita pilihan hati iaitu, Fara Salleh.

Lebih mengejutkan, mereka sudahpun bernikah sejak empat bulan lalu iaitu pada November tahun lalu di kampung halamannya di Johor.

Ya, kami dah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Kami bernikah awal bulan November tahun lepas, kira sudah empat bulan.

Sebelum ini Fara pernah menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Shuk dan sera yang berkahwin pada 2015 dan bercerai pada 22 Mac 2023.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version