Connect with us

Oh! Media

Shuib ‘Terlepas Cakap’, Netizen Serbu Ucap Tahniah Lepas Nampak ‘Baby Bump’ Watie

Ohmedia shuib Watie

Oh! Artis

Shuib ‘Terlepas Cakap’, Netizen Serbu Ucap Tahniah Lepas Nampak ‘Baby Bump’ Watie

Peminat yakin Watie Hanifiah kini hamil selepas nampak ‘baby bump’ dan keletihan.

Pelawak dan usahawan popular, Shuib sekali lagi jadi tumpuan ramai selepas dia secara tidak sengaja dikatakan ‘terlepas cakap’ mengenai kehamilan isterinya, Watie Hanifiah dalam satu perkongsian di Instagram.

Menerusi foto yang dimuat naik, Shuib dilihat sedang memandang Watie yang sedang duduk di sebelah tempat duduk penumpang dengan perut kelihatan sedikit menonjol.

Watie bagi respon “Heeee… Daddy belanja ni!”

Menariknya, Watie turut meninggalkan komen di ruangan tersebut berkata suaminya telah membocorkan rahsia besar.

IKLAN
Shuib

Rata-rata peminat meluahkan rasa gembira dan tidak sabar menantikan pengesahan rasmi daripada pasangan ini. Mereka turut mendoakan agar Watie sentiasa sihat dan urusan kehamilan berjalan lancar.

Terdahulu, Watie pada Mei 2025 telah keguguran anak pertama dan menamakan janin yang meninggal itu sebagai ‘Bintang’.

BACA: “Rindu Nak Merasa Usap Perut Lagi” – Hantaran Terbaru Watie Undang Sebak

Untuk rekod, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023 selepas dua tahun kematian Allahyarham Siti Sarah.

Pssttt! Kalau betul berita gembira ni, memang ramai peminat yang akan turut tumpang bahagia! Cara Shuib ‘terlepas’ reveal tu pun memang sweet habis. Apa pun, semoga Watie dan bayi dalam kandungan sihat serta dipermudahkan segalanya.

Kredit: Instagram Shuib
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas