Oh! Artis

Shuhada Balas Surat Terbuka Hafidz Roshdi, Sanggup Tak Sambung Belajar Demi Suami

Published on

Pelakon Hafidz Roshdi hari ini menulis surat terbuka meminta bekas isterinya, Nurul Shuhada memohon maaf dalam masa 48 jam di atas kenyataan yang didakwa fitnah melibatkan keluarganya.

BACA: Dakwa Diaibkan Dan Keluarga Difitnah Di Media Sosial, Hafidz Roshdi Tuntut Shuhada Mohon Maaf

Membalas kepada surat itu, Shuhada dalam hantarannya berkata akan turut mengambil tindakan undang-undang di atas kecederaan yang dialaminya.

Malah selepas ini segalanya akan dilakukan melalui jalan peguam. Apa yang dikeluarkannya di media sosial sebelum ini tanpa mengetahui kedudukan undang-undang.

Jelas Shuhada, sebagai seorang isteri dia sentiasa menyokong Hafidz dan melupakan hasrat sambung belajar demi beri perhatian kepada keluarga.

Tapi baru-baru ini dia diuji dengan ujian berat. Dia terasa dikhianati apabila perkara berlaku di luar pengetahuannya. Dakwa Shuhada, keluarga Hafidz tahu dan membenarkan Hafidz kahwin lagi tanpa izinnya.

Shuhada dakwa berasa marah dengan kehadiran orang ketiga. Dia sedih memikirkan nasib diri dan anak-anak tambahan pula dia hanya suri rumah.

Apabila cuba berbincang, ibu kepada dua anak ini didakwa dikasari secara fizikal.

Kredit: Instagram Shuhada Shukri

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version