Connect with us

Oh! Media

Shila Amzah Restu Kahwin Lagi, Siap Suruh Cepat-Cepat!

Ohmedia ibu Shila Amzah

Oh! Artis

Shila Amzah Restu Kahwin Lagi, Siap Suruh Cepat-Cepat!

Shila Amzah restu ibunya kahwin semula, malah sarankan agar dipercepatkan!

Penyanyi terkenal, Shila Amzah tampil merestui dan menyokong penuh keputusan ibunya, Fauziah Sarman yang bakal mendirikan rumah tangga sekali lagi.

Menurut laporan Oh Bulan, Shila meluahkan rasa gembira apabila melihat ibunya kini berada dalam fasa hidup yang lebih tenang dan bahagia.

Saya sebagai anak gembira melihat keadaan ibu saya yang sekarang ini.

Saya doakan mak bahagia seperti mana saya berjumpa dengan Ubai.

Adik-beradik turut mengalu-alukan

Shila Amzah

Menurut Shila, beliau yakin ibunya berhak untuk mengecapi kebahagiaan, malah menzahirkan harapan agar wanita itu disayangi dan dihargai dengan lebih baik oleh bakal pasangannya.

IKLAN

Saya harap dia bersama seseorang yang akan meratukan dirinya dengan lebih baik.

Bukan tu jer, Shila turut menyatakan adik-beradiknya turut menyokong keputusan itu dan sama-sama mendoakan kebahagiaan ibu mereka.

Saya dan adik-beradik lain sangat mengalu-alukan, kerana kebahagiaan ibu kami adalah juga kebahagiaan untuk kami.

“Tak payah tunggu-tunggu” – Shila Amzah

Ibu Shila Amzah

Bagi Shila, tiada sebab untuk menangguhkan perkara baik seperti perkahwinan, malah beliau menyarankan agar urusan disegerakan sahaja.

Tak payah tunggu-tunggu (untuk kahwin), kalau boleh cepat-cepat.

Pssttt! Bahagia itu hak setiap insan. Jangan pernah menghalang kebahagiaan orang lain hanya kerana persepsi masyarakat. Jika dah jumpa yang baik, restu dan doakan yang terbaik.

Kredit: Oh Bulan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas