Oh! Artis

“Setiap Kesilapan Memiliki Ruang Untuk Diperbaiki” – Abby Abadi Akhirnya Bertemu Aslam 

Published on

Dalam satu hantaran di Instagram, selebriti Abby Abadi berkongsi momen berjumpa dengan suami kepada Marissa Dania yang dikenali sebagai Aslam.

Dalam video itu, Marissa dan Aslam dilihat hadir menaiki satu kereta ke majlis hari jadi yang dianjurkan Abby Abadi.

Momen Aslam ke rumah Abby Abadi

Dapat dilihat juga selebriti itu termasuk Norman Hakim dan Memey menyambut baik kedatangan mereka berdua ke rumah.

Disambut baik keluarga

Menurut Abby, dia meraikan Syawal kali ini dengan mengajar diri bahawa setiap kesilapan yang dibuat mempunyai ruang untuk diperbaiki.

Setiap luka mempunyai kesempatan untuk diubati.

Anggota kumpulan Elite ini memohon supaya orang ramai mendoakan yang baik-baik sahaja buat mereka keluarga.

Meninjau ke ruangan komen, netizen meninggalkan pelbagai reaksi melihat momen tersebut. Ada yang memuji Abby yang disifatkan berhati mulia kerana sudi memaafkan.

Dan ada juga yang bersimpati dengan nasib isteri pertama iaitu Umisya Mazlan. Kata netizen, penyondol akan merasakan mereka di pihak yang benar dan meraih kemenangan selepas berjaya merampas suami orang.

Terdahulu, anak perempuan kepada Norman Hakim dan Abby Abadi membuat perkara mengejutkan apabila berkahwin secara rahsia dengan suami orang di Thailand.

BACA: “Tak Perlu Kongsi Semua Benda” – Abby Abadi Luah Rasa Ralat, Norman Hakim Nafi Lepas Tangan

Sebagai seorang ibu, Abby sudah tentu berasa sangat kecewa sehingga membawa kepada pergaduhan dengan bekas suaminya di media sosial.

Kredit: Instagram Abby Abadi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version