Di TikTok, penyanyi Siti Nordiana berkongsi momen bersama anak bujangnya, Mohd Rayyan yang kelihatan malu-malu untuk melihat kamera semenjak meningkat dewasa.
Dalam perkongsian itu, Siti Nordiana atau lebih mesra dipanggil Nana mengusik anak dengan merakam wajahnya secara curi-curi. Kelihatan Mohd Rayyan yang kini berusia 14 tahun tersenyum malu cuba mengelak daripada ibunya.
Melihat kepada senyuman remaja itu, ramai yang berkata Rayyan mewarisi kekacakan arwah bapanya, Faizal Yusup.
Berdikari daripada kecil
Bukan senyuman je sama, Nana sebelum ini pernah berkongsi anak tunggalnya itu banyak mewarisi sifat dan perangai arwah bekas suaminya.
Untuk rekod, Siti Nordiana dan Faizal Yusup mendirikan rumahtangga pada 29 April 2006 sebelum bercerai pada 14 September 2009.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Nakhaie. Faizal meninggal dunia pada 1 Januari 2011 di usia 33 tahun.