Oh! Artis

“Selagi Mak Dan Suami Benarkan…” – Isteri YonnyBoii Minta Netizen Henti Tegur Pemakaian Seksi

Published on

Sejak berkahwin dengan penyanyi YonnyBoii, isterinya Nik Nazira terus dikecam kerana memutuskan untuk membuka tudung. Yonny juga sering dipersoal kerana tidak menegur dan dilihat seakan tidak kisah dengan penampilan isterinya.

Nik Nazira bagaimanapun sudah tidak tahan lagi dengan teguran orang ramai dan mendakwa ibu serta suaminya membenarkannya untuk memakai apa sahaja yang dia mahukan.

Perkara itu dinyatakan Nazira di Instagram Story di mana dia tidak memerlukan pendapat orang lain tentang penampilannya.

Selagi mak dan suami saya benarkan untuk pakai apa sahaja yang saya mahu, anda tak ada hak untuk menegur atau memberikan sebarang komen terhadap apa yang saya pakai.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Exit mobile version