Oh! Artis

“Saya Tidak Akan Jadi Hos Program Itu” – Sazzy Falak Tak Mahu Terlibat Dalam Kontroversi Murahan Seperti?

Published on

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai hos-hos popular cuba membuat ‘isu’ agar program tersebut jadi perhatian ramai.

Perkara itu juga telah menarik perhatian Sazzy Falak. Katanya, dia tidak akan menjadi hos yang saja-saja membuat ‘gosip murahan’ agar program tersebut ‘hot’ di semua platform.

Saya tidak akan akan jadi hos program yang suka cipta gosip.

Bukan tu jer, Sazzy Falak yang juga pernah menjadi pengacara Muzik-Muzik pada tahun 2020 itu berkata dirinya mempunyai ‘harga’ apabila menjadi pengacara.

Dia juga tidak akan sama sekali melakukan kontroversi ‘murahan’ seperti yang terjadi sejak kebelakangan ini.

Sazzy akui kini dirinya sudah pun menjadi ibu dan imejnya sangat penting kerana tidak mahu anak-anak mencontohi hal buruk.

Kredit: Instagram HibGlam

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version