Penyanyi rap terkenal, MK daripada kumpulan K-Clique seolah-olah memberi bayangan bakal berkahwin dalam masa terdekat selepas memuat naik foto berukuran pasport memakai songkok.
Apa yang menjadi perhatian adalah wajah tersipu malu MK ketika hadirin menjerit sah untuk latihan akad bersama seorang gadis bernama Siti Hajar.
Hadirin turut tertawa semasa ustaz bergurau senda menyakat saksi berbaju kelabu dan hijau. Di ruangan komen, salah seorang peserta kursus mengesahkan MK memang hadir mengambil kursus pra perkahwinan tersebut.