Sebelum ini kami ada melaporkan yang seorang pelakon lelaki terkenal disyaki menumbuk serta menendang seorang lelaki dan telah ditahan reman selama tiga hari.
Menurut laporan Harian Metro, ternyata pelakon yang dikatakan itu adalah Sharnaaz Ahmad dan kini dia telah dibebaskan selepas direman.
Menerusi video yang dimuatnaik portal itu, Sharnaaz mengatakan yang semua dakwaan dalam media sosial adalah tidak benar.
Apa pandangan korang dengan apa yang dikatakan Sharnaaz tu? Apapun, sama-samalah kita tunggu penjelasan rasmi darinya nanti memandangkan kes ini masih lagi dalam siasatan.