Mereka dikatakan sudah putus apabila masing-masing unfollow akaun media sosial.
Nabila tak masuk campur
Sebagai orang yang rapat, Nabila ditanya mengenai khabar angin itu. Dan ini responnya;
Bab ‘percintaan’ Sharnaaz dan Amelia, saya tak masuk campur. Bagi saya, kalau mereka tiada jodoh, nak buat macam mana, kita tak boleh nak melawan takdir kan.
Usahawan dan pempengaruh ini bagaimanapun mengharapkan yang terbaik sama ada pasangan itu bersama atau tidak.
Jebat lebihkan Amelia
Dia juga selalu beritahu Amelia walau apa yang terjadi dia dan anaknya Jebat Jayden Ahmad akan sentiasa ada untuknya.
Tambahan pula sekarang ni, Jebat akan lebihkan Amelia dan selalu teruja untuk berkongsi semua perkara kepadanya.
Kami ikhlas sayangkan dia macam keluarga kami sendiri.
Difahamkan, kali pertama Nabila bertemu dengan Amelia sekitar hujung tahun lalu. Ketika itu mereka terbabit dengan sebuah penggambaran produk makanan.
Dah anggap macam adik
Sejak itu mereka contact dan bercuti ke Jepun bersama-sama. Di Jepun, mereka dapat berkenalan dengan lebih rapat.
Nabila nampak keikhlasan Amelia dan suka dengan cara dia melayan orang sekeliling. Amelia juga pandai bawa diri hingga Nabila dah anggap macam adik sendiri.