Isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah akan berniaga kuih muih sepanjang bulan Ramadan tahun ini. Wah! Kuat betul Bella ni..
BACA: Rupanya Puteri Sarah Tahu Cerita Sebenar Dari Awal Sampai Akhir, Minta Doakan Bella Astillah
Menurut HibGlam, Bella berkata yang dia akan jual kuih batang buruk dan red velvet yang merupakan resipi turun-temurun keluarganya. Confirm sedap!
Saya memang suka buat kuih raya sejak kecil, jadi tahun ini saya jual kuih raya. Saya buat semua sendiri tapi mungkin bukan dalam kuantiti yang banyak.
Antara yang saya buat ialah biskut red velvet dan batang buruk resipi sendiri yang sangat popular di Sabah dan berbeza daripada batang buruk di Semenanjung
Bella berkata yang kerjayanya sebagai anak seni masih rancak tapi dia perlu adakan masa dengan anak dan juga persiapan raya.
Kerja memang ada tapi saya kena juga luangkan masa dengan anak. Persiapan raya lagi dan paling takut kalau dilakukan pada saat akhir. Kelam kabut, boleh pening dan demam dibuatnya
Semoga dipermudahkan segala urusan buat Bella dan diharapkan sentiasa kuat dengan ujian yang mendatang.
Kredit: HibGlam
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.