Baru-baru ini tular satu video menunjukkan penyanyi kumpulan wanita, Dolla menyanyikan lagu raya dalam satu majlis berbuka puasa didepan pelajar-pelajar tahfiz.
Kalau korang lihat video yang dimuat naik seorang pengguna di Twitter ini, pelajar- pelajar tahfiz berkenaan dilihat kurang selesa dengan kumpulan Dolla walaupun mereka berpakaian agak sopan.
Kejung anak-anak tahfiz tengok Dolla perform Raya Raya Raya.
Di ruangan komen pula, ramai yang berpendapat bahawa kehadiran anak-anak tahfiz itu sepatutnya lebih baik diraikan dengan lagu-lagu ketuhanan.
Ada juga netizen yang faham situasi yang dilalui pelajar-pelajar tahfiz itu apabila semua dari mereka mengalihkan pandangan daripada persembahan tersebut.
Apa pandangan korang? Bulan-bulan puasa ni panggillah kumpulan nasyid betul tak?