Oh! Artis

Redza Rosli Menangis Mohon Restu Dari Ibu Sebelum Nikah Dengan Bella Hanna

Published on

Tahniah diucapkan kepada pelakon Redza Rosli yang selamat diijabkabul dengan pilihan hatinya iaitu pelakon dan pengacara jelita, Bella Hanna hari ini.

Menerusi video yang dimuat naik myhmrap, Redza dilihat menangis di saat memohon restu daripada ibunya sebelum majlis akad nikah.

Pasangan ini dilihat sedondon memakai persalinan serba putih. Difahamkan, majlis nikah diadakan di Forest Valley, Cheras Selangor.

Pada majlis itu, Redza memberikan RM3,000 sebagai mas kahwin dan lima dulang hantaran. Namun, wang hantaran kepada pihak pengantin perempuan dirahsiakan.

Kredit: Instagram myhmrap | EH! | Fedtri Yahya

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version