Kalau sebelum ini penyanyi, Sharifah Zarina mendapat kecaman netizen kerana memuat naik video anaknya, Athalia Deena yang berpelukan dengan seorang lelaki di TikTok, kini dua beranak itu sekali lagi mendapat perhatian warganet.
Menerusi video berkenaan, Sharifah Zarina yang masuk ke dalam bilik anaknya itu melihat Athalia sedang tidur nyenyak dengan gadgetnya masih menyala.
Dapat perhatian netizen
Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji dengan mengatakan bahawa penyanyi Langit Ke Tujuh itu begitu sporting dan memahami anaknya yang dalam fasa percintaan.
Dalam pada itu ada juga netizen yang berseloroh mengatakan bahawa pasti mereka akan dimarahi ibu bapa mereka sekiranya ‘kantoi’ sleep call dengan pasangan.