Connect with us

Oh! Media

Puteri Sarah Terkejut Bila Dengar Syamsul Yusof Kata “Masih Ada Sinar”

puteri sarah

Oh! Artis

Puteri Sarah Terkejut Bila Dengar Syamsul Yusof Kata “Masih Ada Sinar”

Pengarah dan pelakon kontroversi, Syamsul Yusof sebentar tadi memutuskan untuk tidak melepaskan isteri pertamanya, Puteri Sarah.

ADVERTISEMENT

Puteri Sarah bagaimanapun dilihat tenang selepas keluar dari dewan mahkamah tetapi akui terkejut mendengar keputusan suaminya itu.

Dia (Syamsul Yusof) kata taknak lepaskan Sarah. Dia kata masih ada sinar. Sinar apa? Sinar harian? – Gurau Sarah kepada pihak media.

Dia taknak lepaskan Sarah sebab dia rasa boleh berdamai lagi.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut berasa hairan dengan kenapa suaminya itu tidak mahu lepaskan dirinya sedangkan ketika Sarah masuk ke hospital tempoh hari, Syamsul langsung tidak menghubunginya.

Sarah masuk hospital hari itu pun, dia tak jenguk tanya khabar. Sinar Apa? Sarah tak tahu kenapa dia buat macam tu.

Puteri sarah juga menjelaskan suaminya itu hanya menghubungi anak-anak seperti biasa sewaktu di tanah suci.

Seperti biasa, dia ada berhubung mengenai anak-anak sewaktu pergi menunaikan umrah, baru-baru ini. Sekarang ini, nak mencelah pula. Just let me go, Mohd Shamsul, Sarah dah malas

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas