Sebelum ini pelakon, Puteri Sarah sudahpun mendedahkan identiti lelaki yang kini bersamanya dalam urusan perniagaan. Terbaru, kemesraan Puteri Sarah bersama pelakon asal Indonesia, Andi Arsyil Rahman membuat live di TikTok telah mencuri perhatian ramai.
Dalam live itu, reaksi Sarah menjawab persoalan peminat selepas ditanya ‘dimanakah suaminya?’ telah menarik perhatian peminat. Ini kerana Sarah terus menunjukkan kamera ke arah Andi bagi menjawab soalan terbabit.
Biarpun sebelum ini aktres terbabit menafikan spekulasi bercinta dengan Andi, tetapi netizen tetap mendoakan agar mereka berjodoh.
Meninjau reaksi orang ramai, rata-rata netizen gembira melihat kedua-dua pelakon itu bersama dan mendoakan semoga bertemu jodoh.