Oh! Artis

Puteri Sarah Jawab Persoalan Anak-Anak Tahu Atau Tak Mengenai Permohonan Cerai

Published on

Rasanya semua dah tahu pada Isnin lepas, pelakon Puteri Sarah telah tiba di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya, Syamsul Yusof.

BACA : Puteri Sarah Ceria, Bersemangat Tiba Di Mahkamah Ditemani Adik Beradik

Menerusi laporan dari sebuah portal, Puteri Sarah mengatakan yang anak-anaknya masih tidak memahami situasi tegang ini di mahkamak kelmarin ketika ditemani dua adiknya, Puteri Sofia Nadira dan Megat Imran Ikram serta peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader.

Anak-anak tidak tahu apa-apa dan mereka masih berada di bawah jagaan mak dan ibu mentua saya.

Mereka gembira seperti biasa dan tidak tahu apa-apa mengenai proses permohonan perceraian hari ini.

Sarah juga turut menegaskan yang dia bukanlah seorang yang antipoligami seperti yang didakwa segelintir netizen.

Ingin ditekankan bahawa saya bukanlah antipoligami dan ada juga orang label saya sebagai isteri derhaka kerana menuntut cerai.

Sebenarnya poligami itu indah jika seorang suami itu bersikap adil tetapi saya ditipu oleh suami sendiri sebab dia sendiri tidak mahu berbincang sebelum ini.

Jadi, semua benda pun sudah berlaku dan selama ini sudah berusaha untuk menyelesaikan masalah rumah tangga.

Apapun, semga yang terbaik buat Puteri Sarah dan Syamsul Yusof. Kita sebagai orang luar ni, janganlah jadi batu api ya.

Kredit: Portal Hiburan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version