Sebelum ini, pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana pernah diganggu di laman Instagramnya oleh seorang individu yang menggunakan akaun palsu bernama ” Mastura”.
Kali ini, Puteri Sarah mendedahkan individu berkenaan tampil dengan nama samaran baru “Mastura 2.0” dan masih tidak berhenti menganggu kehidupannya.
Malah, stalker tersebut sanggup mencipta akaun baru untuk ikuti aktiviti harian Puteri Sarah.
Katanya, dia tidak ada masa untuk melayan karenah individu berkenaan dan telah membuat laporan polis, namun masih belum diketahui siapakah gerangan disebalik nama Mastura 2.0 itu.
Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata dia kini ingin fokus kepada anak-anak serta bisnes dan dia juga sudah mula berdamai dengan takdir.
Walau bagaimanapun, jika hal tersebut mula mengganggu keselamatan dirinya dan anak-anak, dia akan mula mengambil tindakan yang lebih keras.
Andi pun pernah terima DM dari dia yang buruk-burukkan saya. Sebenarnya dia sering datang ke Malaysia untuk merisik kilang di sini, bukan merisik saya.
Apabila ditanyakan mengenai artis berasal dari Indonesia yang sering terlihat bersama Sarah, dia menegaskan bahawa Andi Arsyil hanya ke sini atas tujuan bisnes sahaja.
Tambahan, aktres itu juga dikatakan selalu ke Indonesia atas tujuan yang sama dan pernah terlihat melakukan live bersama-sama sambil menjual produk.
Meskipun hubungan kedua individu ini disokong oleh warganet, namun Sarah ujar peminat agar mendoakan yang baik-baik sahaja bagi mereka.