Oh! Artis

“Puteri Sarah Berhati Besar, Memaafkan Mereka Yang Zalim” – Ibu Syamsul Yusof

Published on

Umum sedia maklum, pelakon Puteri Sarah Liyana ada menerbitkan buku bertajuk Puteri Sarah: Terus Melangkah menceritakan mengenai pengalaman dan kisah hidupnya.

BACA: “Kau Jatuh Ke Bumi Kerana Keluarga Itu, Ya Allah Ampunkan Dosa Kami” – Ibu Syamsul Yusof

Mengangkat kisah kekuatan wanita, ahli keluarga termasuk ibu bapa mentua iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah dilihat turut hadir ke pelancaran buku di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 30 Mei lalu.

Terbaru, ibu kepada pengarah kontroversi Syamsul Yusof itu mengundang perhatian ramai apabila menulis kapsyen sayu mengenai Puteri Sarah.

Kata Datin, Puteri Sarah berhati besar kerana sudi memaafkan orang-orang yang telah menzalimi dirinya. Dedahnya lagi, menantunya itu banyak menanggung derita perkahwinan dan ditinggalkan sendirian.

Terdahulu, Datuk Yusof Haslam mempertahankan Puteri Sarah apabila ada yang mempertikaikan menantunya itu tak menjaga edah dengan baik selepas bercerai dengan Syamsul pada 14 Jun lalu.

BACA: Yusof Haslam Tak Faham Apa Masalahnya Dengan Puteri Sarah Liyana

Ujar beliau, Puteri Sarah keluarga untuk bekerja dan tiada salahnya jika pelakon itu tampil kemas sebagai seorang wanita.

Kredit: Instagram patimah8057

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version