Sungguhpun begitu, pengarah filem Kimchi Untuk Awak itu baru-baru ini menjadi bualan ramai selepas dia memuat naik gambar dipercayai untuk mempromosikan drama terbarunya yang bertajuk Apa Dosa Ku 2 menerusi Instagramnya.
Posing yang digunakan Michael bersama seorang lagi individu yang tak dikenali di dalam gambar itu mengundang kecaman netizen yang beranggapan tidak sesuai untuk ditonjolkan di khalayak ramai.
Di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan Michael yang memuat naik gambar itu serta ada yang meminta agar hasil karyanya ini tidak dimainkan di stesen televisyen.