Oh! Artis

Program PU Azman Di Suria FM Digantikan Ustazah Asni Selepas 3 Tahun?

Published on

“Cik Man Nak Cakap”, bagi mereka yang selalu mendengar Suria FM mesti ada mengikuti program khas bersama pendakwah bebeas, PU Azman yang disiarankan setiap pagi Jumaat.

Bagaimanapun, pagi Jumaat hari ini, Cik Man sudah tiada lagi dan dihentikan selepas lebih tiga tahun.

Segmen kerohanian ini bagaimanapun tidak dihentikan tetapi digantikan dengan penceramah dan pendakwah bebas, Ustazah Asni Mansor dengan program Morning Morning Suria.

Memetik laporan Harian Metro lagi, setakat ini pihaknya masih gagal menghubungi Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin bagai mendapatkan penjelasan lanjut.

Ini kerana Ustazah Asni hanya dimaklumkan sebagai penceramah jemputan khas. Tidak dapat dipastikan samaada Cik Man akan digantikan terus atau hanya direhatkan sementara.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version