Oh! Artis

“Powerfulnya Isa Ni” – Youtuber Teruja Isteri Bunting Pelamin Lepas Seminggu Kahwin

Published on

Pempengaruh media sosial dan Youtuber, Isa Isarb meluahkan rasa teruja apabila isterinya disahkan bunting pelamin.

BACA: Ini Respon Isa Isarb Apabila Didakwa Menipu, Kononnya Bangga Beli Rumah RM9.7 Juta Tapi Sebenarnya Sewa Jer

Berita gembira itu diumumkan Isa menerusi satu hantaran video di Instagram. Youtuber ini secara berseloroh berkata, dia sangat ‘powerful’ kerana isteri disahkan positif alat ujian kehamilan (UPT) selepas 7 hari nikah.

Di Instagram Story, pempengaruh yang mempunyai 1 juta pengikut ini berkongsi screenshot mesej dengan bapanya yang mengucapkan tahniah.

Meninjau ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang ditinggalkan netizen melihat Isa yang terlalu teruja berkongsi berita kehamilan isteri kepada umum.

Ada yang menasihatkan pempengaruh tersebut mengenai usia kandungan yang masih terlalu awal dan sepatutnya dirahsiakan dahulu.

Kredit: Instagram Isa Isarb

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version