Connect with us

Oh! Media

Polis Siasat Dakwaan Pelakon Lelaki Jadi Mangsa Seks Luar Tabii

Ohmedia alqal Sahar

Oh! Artis

Polis Siasat Dakwaan Pelakon Lelaki Jadi Mangsa Seks Luar Tabii

Pelakon lelaki buat laporan jadi mangsa seks luar tabii, polis sahkan kes masih dalam siasatan.

Sebelum ini seorang pelakon lelaki membuat satu laporan mengejutkan tentang dirinya pernah menjadi mangsa perlakuan seks luar tabii. Kes itu kini dalam perhatian pihak polis dan sedang disiasat dengan lebih lanjut.

Pelakon terbabit sebelum ini turut membuat pendedahan mengejut di media sosial mengenai pengalaman hitamnya sewaktu masih kecil, ketika baru menceburi dunia lakonan demi menyara keluarga.

Polis sahkan terima laporan pelakon lelaki

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus mengesahkan pihaknya ada menerima laporan tersebut daripada pelakon lelaki berkenaan.

IKLAN

Kes ini membabitkan pengadu seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun dan ia masih dalam siasatan pihak polis.- Katanya.

Difahamkan laporan dibuat pada jam 6.11 petang semalam dan kini dalam proses siasatan menyeluruh. Terdahulu, pelakon yang dikenali sebagai Alqal Sahar telah membuat pendedahan mengejut di akaun Threads miliknya mengenai gangguan seksual yang dialaminya ketika kecil.

Pendedahan itu mencetuskan pelbagai reaksi dan spekulasi dalam kalangan netizen yang simpati dengan nasib dialaminya.

Alqal Sahar perjelas bukan kes liwat

Memetik laporan mStar, Alqal menjelaskan bahawa dia tidak pernah mendakwa diliwat seperti yang didakwa sesetengah pihak. Menurut Alqal, perkara yang ingin ditekankan sebenarnya adalah pengalaman menjadi mangsa amang seksual sewaktu zaman kanak-kanak.

Tambah Alqal lagi, kejadian itu berlaku ketika dia baru mula bergiat dalam dunia lakonan, pada waktu keluarganya hidup dalam kesusahan.

Ketika itu, lakonan adalah satu-satunya cara untuk membantu menyara keluarga yang amat memerlukan.

Pssttt! Ohmedia harap korang lebih peka dengan isu penderaan seksual macam ni. Kadang-kadang trauma silam boleh terbawa sampai dewasa dan beri kesan mendalam pada emosi serta kehidupan seseorang.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas