Oh! Artis
Penyanyi BBNU Dakwa Hampir Dicabul Vokalis Kumpulan Indie Gatal?
Seorang penyanyi perempuan yang baru saja memasuki tahun ketiga bergelar artis mengakui bahawa dirinya hampir dicabul. Biar betul?
Menerusi laporan Boom, si pelaku yang ingin melakukan perkara terkutuk itu juga merupakan seorang budak baru nak up (BBNU). Pergh! Gatal sangat dah tu.
Pada awalnya, penyanyi perempuan berkenaan dikatakan suka akan lelaki terbabit yang juga merupakan vokalis bagi sebuah kumpulan indie.
Ada juga laporan yang mengatakan mereka berdua menuntut di sebuah institusi yang sama. Walaubagaimanapun, remaja perempuan berkenaan hanya maklumkan kepada syarikat pengurusan dan tidak mahu melaporkan kejadian ini kerana takut.
Korang rasa siapa si pelaku dan siapa hampir jadi mangsa ni?
[EKSKLUSIF] Ardell Mikeno Ditahan IDF, Sel 12 Penjara Syahid & Misi Sudan | Oh! Podcast Ep19
OH! MEDIA 17 hours ago