Oh! Artis

Pelakon Jasmin Hamid Kena Serangan Jantung

Published on

Pagi tadi kita dimaklumkan tentang pelakon, Jasmin Hamid yang telah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) pada hari Selasa akibat serangan jantung.

Perkara itu dikongsi sendiri oleh suaminya, Nazmir Abd Rahim di Instagram milik Jasmin dan kini di rawat di sebuah pusat rawatan jantung.

Ada sejarah sakit jantung..

Keluarga dia ada sejarah sakit jatung. Tekanan darah dan degupan jantung agak rendah dan doktor terpaksa memberi ubat untuk pam darah ke jantung. – Kongsinya.

Nazmir dalam pada itu turut memohon semua untuk mendoakan isterinya agar dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan seperti biasa.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version