Oh! Artis

Pejabat Peguam Negara Putus Neelofa Dan Suami Tidak Dikenakan Kesalahan Rentas Negeri

Published on

Rasanya ramai yang tertanya-tanya mengapa kehadiran Neelofa dan Muhamad Haris ke mahkamah kelmarin hanyalah kerana kesalahan tidak mengimbas MySejahtera selain tidak memakai pelitup muka dan bukannya kerana isu yang lebih penting iaitu merentas negeri.

BACA: Neelofa Dan PU Riz Mengaku Tidak Bersalah Atas Pertuduhan Langgar SOP PKPB

Terbaru, Pejabat Peguam Negara membuat keputusan untuk tidak mengenakan tuduhan rentas negeri terhadap selebriti pasangan itu berdasarkan kajian dan keterangan yang diambil berdasarkan kes tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman,

“Isu rentas negeri membabitkan Neelofa dan suaminya tidak dibawa ke mahkamah selepas mengambil kira kajian dilakukan Pejabat Peguam Negara. Kajian dan keputusan itu telah dibuat terlebih dulu berdasarkan keterangan yang ada.”

Dalam perkhabaran lain, Neelofa dan PU Riz mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dikenakan dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM15,000. Mahkamah kemudiannya menetapkan 4 Jun sebagai tarikah sebutan semula kes.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Exit mobile version