Oh! Artis

Peguam Wakili Diana Danielle Cerita Apa Sebenarnya Berlaku Dengan Farid Kamil

Published on

Ramai juga yang terkejut, termasuklah kami di Ohmedia sebaik sahaja mengetahui tentang masalah keluarga di antara pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle.

BACA: Berlaku Perbalahan Berpanjangan, Diana Danielle Fail Cerai, Farid Kamil Enggan Lafaz Talak

Peguam syarie yang mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir dalam pada itu turut mengesahkan Farid Kamil tidak dapat memasuki kediamannya sejak awal bulan ini.

Pengesahan itu dilakukan selepas Farid terlebih dahulu mendakwa dirinya tidak dapat masuk ke dalam rumah dan berjumpa anak-anak.

Akan melalui proses Jawatankuasa Pendamai…

Melalui JKP, wakil dilantik akan berbincang bagi mencari jalan penyelesaian sebelum hasil perbincangan dikemukakan kepada mahkamah.

Sekiranya JKP tidak dapat menemui jalan penyelesaian atau mendapati berlaku shiqaq, Mahkamah Syariah akan melantik hakam yang akan memberikan kata putus bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga pasangan berkenaan.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Muhammad, 10 tahun dan Nur Aurora, 8 tahun.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version