Oh! Artis

“Panas Si Penyondol” – Bekas Isteri Shuk Sahar Tayang Kekasih Baru, Pemain Bola Sepak?

Published on

Konflik rumah tangga pelawak Shuk Sahar bersama Rossa Sera akhirnya selesai selepas mereka sah bercerai talak satu pada 22 Mac lalu.

BACA: Anak Menangis Tak Mahu Berpisah Dengan Shuk Sahar Tarik Perhatian

Keputusan untuk berpisah itu diambil selepas mereka berbincang cara baik sebaik pulang dari mengerjakan ibadah umrah.

Terbaru, bekas isteri pelawak itu mengundang reaksi positif netizen apabila berkongsi video seakan memberi bayangan sudah mempunyai kekasih hati.

Menerusi video itu, lelaki tersebut dilihat memakai jersi bola sepak dan berada di atas padang. Wah siapakah pemain bola sepak tu?

Di ruangan komen, para pengikut tertanya-tanya siapakah gerangan pemain bola sepak itu. Namun Serra enggan mendedahkan identiti.

Tak kurang juga yang berseloroh bekas suaminya pasti menangis kerana Serra kini sudah move on dan mampu mendapatkan lelaki yang lebih baik.

Di Instagram Story, wanita kelahiran Sabah ini turut memuat naik satu lagi video selfie bersama pemain bola sepak tersebut. Siap letak highlight hati putih lagi tau!

Kredit: Instagram Rossa Sera

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version