Oh! Artis

“Panas Menantu Sebenar” – Datin Patimah Teman Puteri Sarah, Netizen Petik Nama Ira

Published on

Di acara karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35 hari ini, pelakon Puteri Sarah Liyana mencuri tumpuan apabila hadir ditemani ibu bapa mentua, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah.

BACA: “Takdirkan Yang Terbaik Buat Puteri Sarah, Ampunkan Dosa Mereka Meruntuhkan Masjid” – Datin Patimah

Menerusi video yang dikongsi semula oleh Datin Patimah, Puteri Sarah dilihat diapit kiri dan kanan oleh ibu bapa mentua kesayangannya itu.

Puteri Sarah yang memakai busana biru tercalon Top 5 bagi kategori Aktres TV Popular bersaing dengan Anna Jobling, Sharifah Rose, Siti Saleha dan Raysha Rizrose.

Di ruangan komen perkongsian Datin Patimah, netizen memuji Datuk dan Datin yang sentiasa memberi sokongan buat Puteri Sarah.

Tak kurang juga yang memetik nama menantu baru, Ira yang dikatakan masih belum berbaik dengan mentuanya.

Kredit: Instagram Patimah Ismail

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version