Ingatkan Ohmedia jer kena pengalaman macam ni, tak sangka pula ramai yang pernah kena layanan acuh tak acuh dari pekerja kedai elektronik ni. Tidak dapat dinafikan bukan semua staf mereka macam tu, tapi itulah apa yang berlaku.
Pengalaman menerima layanan yang kurang baik dari staf Machine turut dikongsikan oleh penyanyi rap, Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari. Bunga dilayan buruk oleh staf Machine di KLCC ketika ingin membeli adapter iPad untuk kegunaan pekerjanya.
Pakai t-shirt biasa dengan sweatpants biasa
Video betapa bengangnya Bunga itu dikongsikan pengguna TikTok @yanaothmannn dan staf di situ telah memberi jawapan yang tidak sewajarnya kepada bunga.